Skip to main content

Berian Sampai Mati | Adat Perkahwinan masyarakat Murut Sabah

Adat yang diamalkan oleh sesuatu kaum mempunyai kepentingan yang tersendiri samada adat tersebut bertindak sebagai hukuman atau sebagai alat sosialisasi dalam masyarakat. Tidak dinafikan bahawa setiap adat yang diamalkan mempunyai kepentingan bagi sesebuah kaum mengekalkan keharmoniannya. Kebiasaannya adat merangkumi dari aspek kelahiran, perkahwinan sehinggalah adat kematian dan pengurusannya dan adat-adat ini sebenarnya terdapat di dalam semua masyarakat di seluruh dunia. Adat resam merupakan adat yang diperturunkan dan menjadi kebiasaan dalam sesebuah masyarakat atau kaum. Seperti pepatah yang mengatakan ‘ selagi adat di kandung tanah, selagi itulah adat dijunjung’ atau ‘biar mati anak jangan mati adat’.

sharif_osman
Kaum yang paling kuat berpegang dengan adat ialah kaum Murut dan mereka merupakan kaum ketiga terbesar di negeri Sabah. Adat-adat yang mereka amalkan diwarisi oleh nenek moyang mereka sejak dahulu kala lagi dan adat-dat telah menjadi ikutan generasi hari ini, walaupun tidak semua yang masih berpegang dan mengamalkan adat yang diwarisinya. Adat yang diwarisi dan dipercayai masih diamalkan sehingga kini ialah adat ‘berian sampai mati’ Adat ‘berian sampai mati ini sangat sebati dan sinonim dengan masyarakat Murut Tagol di negeri Sabah yang biasanya tinggal di kawasan pedalaman khasnya di daerah Sepulut. Adat ‘berian sampai mati’ yang diamalkan oleh kaum ini telah memberikan tanggapan yang negetif kepada mereka sendiri kerana adat ini dikatakan sangat membebankan kehidupan seharian khususnya kepada pihak lelaki yang sudah berkahwin.
Berian sampai mati membawa maksud ‘kemurahan hati’ anak menantu terhadap setiap permintaan daripada pihak keluarga mentua dan bukannya menginginkan sesuatu harta benda sehingga mati. Namun begitu, masyarakat Murut menganggap berian mati bukanlah bererti membebankan akan tetapi sebagai platform dalam mengeratkan lagi hubungan tali persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak keluarga
Dalam bahasa Melayu perkataan berian bermaksud ‘Mas Kahwin’ dan dalam bahasa Inggeris pula bermaksud ‘Dowry’. Perkataan berian diberikan oleh bangsa Murut di Sabah dan perkataan ini bermaksud mas kahwin ataupun barang-barang hantaran yang diberikan kepada keluarga perempuan daripada keluarga pihak lelaki semasa berlangsungnya perkahwinan atau sepanjang tempoh perkahwinan. Jadi secara ringkasnya ‘berian sampai mati’ boleh disimpulkan sebagai mas kahwin atau barang-barang hantaran yang dituntut atau diminta oleh keluarga pihak perempuan daripada keluarga pihak lelaki bermula dari perkahwinan sehingga ke akhir hayat.
sharif_osman
Berian sampai mati telah lama diamalkan dan adat ini diperturunkan secara turun-temurun oleh generasi terdahulu oleh nenek moyang mereka. Untuk pengetahuan para pembaca setia urangsabah.com, apabila anda ingin memperisterikan seorang gadis Murut, keluarga gadis tersebut akan menagih berian dari pihak anda (pihak lelaki) sehingga akhir hayat. Walaupun sudah bertahun-tahun usia perkahwinan dan sudah beranak-pinak berian tetap ditagih dan perlu dibayar kepada keluarga si gadis. Menurut cerita yang disampaikan oleh kaum Dusun dan masyarakat atau kaum lain di Sabah mengatakan bahawa gadis Murut memiliki berian atau mas kahwin yang sangat mahal berbanding kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia.
Keluarga belah lelaki akan turut menanggung kesusahan yang sama jika keluarga isterinya menghadapi masalah seperti kematian, saudara mara berkahwin, menghadapi perkahwinan dan menghadiri ‘Tinauh’. Keluarga suami akan turut membantu keluarga sebelah isterinya dengan memberi barang-barang atau arta benda kepada keluarga perempuan seperti tajau, kain sarung, emas, gong, duit dan sebagainya. Selain ibubapa perempuan yang dikahwini meminta pertolongan, keluarga lain juga turut melakukan hal yang sama kepada pihak lelaki. Adat ini amat membebankan masyarakat Murut tetapi memandangkan adat ini sudah lama diamalkan, maka adat ini terus menjadi amalan tradisi masyarakat Murut Tagal di daerah Sepulut Sabah.
‘Barian Sampai Mati’ juga dapat dilihat apabila keluarga pihak perempuan pergi mengunjugi rumah pihak lelaki selepas kahwin, keluarga pihak perempuan akan meminta apa saja yang disukai dan dijumpai oleh mata mereka dalam rumah menantu lelaki. Pada masa itu juga, keluarga pihak perempuan akan terus mengambil benda ataupun barang tersebut misalnya televisyen, peti sujuk, tajau, gong, kain sarung, emas, basikal dan apa sahaja yang ditemui ketika berada di rumah pihak lelaki. Pihak lelaki pula tidak berbuat apa-apa dan membenarkan saja permintaan keluarga pihak perempuan sebagai tanda hormat kepada mertuanya.
sharif_osman
Untuk memiliki seorang gadis Murut, pihak lelaki terpaksa menanggung beberapa risiko tinggi untuk memenuhi tuntutan barian daripada keluarga pihak perempuan. Keluarga pihak perempuan berhak menuntut barian apa saja pada bila-bila masa. Pihak lelaki pula terpaksa menurut permintaan daripada keluarga perempuan untuk menjaga maruah keluarga.

Comments

  1. Berian sampai mati yang selalu diuar-uarkan dalam masyarakat Murut adalah istilah yang menunjukkan bahawa Kaum Murut mempunyai peraturan mengenakan bayaran berian (Mas Kahwin) seumur hidup kepada sesebuah pasangan yang berkahwin dengan Kaum Murut.
    Istilah “BERIAN MATI” atau pemberian berbentuk barangan seumur hidup dalam kalangan Kaum Murut adalah TIDAK BENAR seperti yang diketahui umum.
    Istilah berian mati ini timbul apabila pihak ibu-bapa mentua seseorang itu datang membantu dalam melakukan apa-apa kerja anak menantu mereka seperti membersihkan ladang, membantu menjayakan majlis keramaian dan sebagainya.
    Maka pihak menantu wajar untuk meberikan imbuhan seperti memberi barangan atau wang ringgit kepada mereka. Pemberian barangan atau wang ringgit itulah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai berian mati dan bukannya meminta atau mengambil apa-apa barangan yang disukai apabila datang melawat ke rumah menantu.
    Selain itu, berian mati wujud apabila menantu lelaki tidak dapat melunaskan jumlah berian yang telah diminta semasa majlis perkahwinan. Baki bayaran berian ini akan dibayar secara beransur-ansur sehingga selesai seperti yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak.
    Oleh itu, pihak lelaki akan mencari barangan yang diminta oleh pihak ibu-bapa perempuan sehingga berjaya mendapatkan barangan tersebut dan memberikannya kepada ibu-bapa perempuan.
    Adakalanya, memakan masa yang lama bahkan bertahun-tahun mencari barangan antik sebagai hantaran perkahwinan ekoran daripada kesukaran untuk mendapatkan barangan-barangan yang diminta oleh keluarga pihak perempuan tersebut seperti gong(tawak), manik-manik (bungkas), tajau lama (tiluan,binungkul), sumpitan (sapok), padang panjang (pisau sinunsur) dan lain-lain.
    Tanggapan yang salah terhadap ‘berian mati’ perlu diperbetulkan dalam masyarakat majmuk di Malaysia kerana istilah berian mati telah membawa kesan negatif kepada Kaum Murut.
    Ini telah menyebabkan kaum yang lain menganggap Kaum Murut sebagai kaum yang materialistik atau suka mengambil kesempatan atau peluang terhadap anak menentu mereka.
    Sebenarnya pemberian barangan atau saguhati daripada anak menantu kepada ibubapa mertua adalah tanpa paksaan. Pemberian ikhlas dari menantu adalah sebagai membalas budi baik atas bantuan menyiapkan kerja-kerja berat.
    Tiada masalah sekiranya anak menantu tidak memberi sebarang barangan kepada kedua ibu-bapa mertua mereka.

    ReplyDelete
  2. kepada penulis...kaji lebih mendalam dahulu sebelum publish....saya sebagai seorang suku murut mendapati bahawa penulisan anda adalah kurang tepat dan lebih menjurus ke arah negatif sahaja tanpa merumus lebih lanjut kebaikan dan kesan kepada suku kaum murut.

    ReplyDelete
  3. Every investor will always tell you that there's no better time to invest in the financial market. I've been into forex and binary trade for quite a while now, and I must say it really goes with loss without the right approach and strategy. I have gotten to the point where I understand that strategy is a key element of a long term successful trading. You can keep making wins at the beginning of a period and later, you start making losses toward the end of the trading period or even halfway. This results from little or no attention to the need for sustenance and consistency with the prevailing market structure. I've earned about $38,150 so far this month trading with Mr. Gavin ray strategies and working with his help trading for me. You may never find it easy trading on your own. If you are tired of losing so much money, I recommend you contact him via email- gavinray78@ gmail .com or Whatsapp; +1 217- 339- 4023 he's a genius trader.

    ReplyDelete
  4. Memang mahal gila berian Murut ni pergi meminang bagi pihak si adik waktu covid 19 boleh2 minta RM39k macam jual anak perempuan kot...honestly this is the most stupid dowry I ever heard..tambah2 lagi permintaan mengarut .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bgs lg kena cari org bandar, ada pertimbangan lg

      Delete
  5. Tinting Titanium Connecting Rod For Two At the Same Time
    Tinting Titanium Connecting titanium bracelet Rod titanium mens wedding bands For Two At the Same titanium prices Time. 4.0.0.0.4.0 - The Tinting Titanium titanium headers Connecting Rod 2020 edge titanium for Two At the Same Time.

    ReplyDelete
  6. Sy setuju, tempoh hari sy kena berian ja rm40k, belanja dapur 40k, lain lg bayaran adat2. Agak agak la jg ,jgn jual anak,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Top Malaysian News RSS Feeds for Mobile App Workshop

Top Malaysian News RSS Feeds 1. Malaysiakini RSS Feed Malaysiakini RSS Feed - malaysiakini.com/en/columns.rss Site - malaysiakini.com About Site - Malaysiakini is an award-winning independent news provider. The editorial is built on fast, accurate and independent news, well-informed and diverse views. Frequency - about 17 posts per week 2. Utama RSS Feed Utama RSS Feed - hmetro.com.my/utama.xml/feed   + Follow RSS Site - hmetro.com.my Malaysia About Site - Find latest malaysian news in the local language malay. Frequency - about 84 posts per week 3. Utusan Online RSS Feed Utusan Online RSS Feed - utusan.com.my/cmlink/utusan-online-1.404999   + Follow RSS Site - utusan.com.my Malaysia About Site - Find latest business, sports,entertainment and national news related to malaysia on this site. Frequency - about 168 posts per week 4. Free Malaysia Today RSS Feed Free Malaysia Today RSS Feed - freemalaysiatoday.com/feed   + Follow RSS Site - freemalay

Gegajanji Gunai Boya | Perjanjian Orang Sungai Sabah

Mengikut cerita yang disampaikan dari penduduk Sungai Kinabatangan, di sungai Kinabatangan tersimpan satu lagenda yang cukup hebat yang menjadi kebanggaan penduduk setempat yang tinggal di kawasan tersebut. Sebuah perjanjian telah termetarai antara seekor buaya dengan penduduk sekitar yang dipercayai berketurunan Orang Sungai. Perjanjian lama ini dikenali sebagai ‘Gegajanji Gunai Boya’ dalam bahasa masyarakat suku kaum Orang Sungai. Isi Perjanjian yang dibuat cukup ringkas iaitu sesiapa sahaja berketurunan Orang Sungai yang tinggal di sepanjang sungai Kinabatangan atau di mana-mana sungai tidak akan dibaham oleh bujang senang dan kehidupan mereka tidak akan diganggu. Kisah ini tidak dapat dibuktikan kebenarannya lagi samada ianya mitos atau benar-benar terjadi. Namun begitu, perjanjian ini sudah tidak diamalkan dan sudah tidak menjadi pegangan penduduk sungai Kinabatangan, hanya sebagian kecil sahaja yang masih mempercayainya. Walaupun begitu, perjanjian ini merupakan satu khaz