Skip to main content

Gegajanji Gunai Boya | Perjanjian Orang Sungai Sabah

Mengikut cerita yang disampaikan dari penduduk Sungai Kinabatangan, di sungai Kinabatangan tersimpan satu lagenda yang cukup hebat yang menjadi kebanggaan penduduk setempat yang tinggal di kawasan tersebut. Sebuah perjanjian telah termetarai antara seekor buaya dengan penduduk sekitar yang dipercayai berketurunan Orang Sungai. Perjanjian lama ini dikenali sebagai ‘Gegajanji Gunai Boya’ dalam bahasa masyarakat suku kaum Orang Sungai. Isi Perjanjian yang dibuat cukup ringkas iaitu sesiapa sahaja berketurunan Orang Sungai yang tinggal di sepanjang sungai Kinabatangan atau di mana-mana sungai tidak akan dibaham oleh bujang senang dan kehidupan mereka tidak akan diganggu.

Kisah ini tidak dapat dibuktikan kebenarannya lagi samada ianya mitos atau benar-benar terjadi. Namun begitu, perjanjian ini sudah tidak diamalkan dan sudah tidak menjadi pegangan penduduk sungai Kinabatangan, hanya sebagian kecil sahaja yang masih mempercayainya. Walaupun begitu, perjanjian ini merupakan satu khazanah yang mempunyai nilai yang tersendiri dan kisah ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi oleh nenek moyang mereka.

Walaupun tiada bukti bertulis tentang perjanjian ini, masih terdapat bukti lisan yang menjadi pegangan dan kepercayaan masyarakat yang diceritakan oleh beberapa orang warga tua. Menurut cerita yang disampaikan ‘Gegejanji Gunai Boya’ atau perjanjian dengan sang bedal merupakan satu peristiwa yang benar-benar terjadi di dalam masyarakat Orang Sungai suatu ketika dahulu, hanya mereka yang sudah lanjut usianya yang mengetahui kisah ini. Menurut cerita yang telah disampaikan oleh seorang warga emas, perjanjian lama ini dikatakan bermula apabila seekor raja buaya yang digelar Aki Turonggari dengan seorang perempuan tua atau dikenali sebagai seorang dukun Aduk Sibulig-buliq. Mengikut kepada isi kandungan perjanjian itu, selagi anak cucu Aduk Sibulig-buliq mematuhi pantang larang seperti mandi, membasuh pakaian atau mencari rezeki selagi itulah keturunan Aki Turonggari akan mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui bersama.

Ketika masyarakat Orang Sungai masih berpegang teguh dengan pantang larang dan perjanjian ini tiada seorang pun yang pernah mati disebabkan dibaham buaya. Dan menurut cerita yang disampaikan oleh beberapa orang nelayan yang berketurunan Orang Sungai, mereka pernah dikejutkan dengan kemunculan seekor buaya sepanjang 15 kaki. Mereka yang terkejut dengan kehadiran buaya tersebut tidak dapat berbuat apa-apa selain berserah diri. Namun begitu, setelah beberapa seketika buaya tersebut secara perlahan-lahan tenggelam dan menghilangkan diri begitu sahaja. Bukan tidak pernah sang bedal menyambar dan membaham manusia di tepi sungai Kinabatangan sebagai santapannya. Baru-baru ini, terdapat seorang pekerja ladang warga Indonesia yang bekerja di ladang kelapa sawit telah menjadi habuan buaya. Pekerja tersebut dikatakan sedang menjala ikan di Sungai Kinabatangan

Yang pastinya, masyarakat etnik Orang Sungai di Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama atau di mana saja di Sabah tetap tabah meneruskan kehidupan di tebing sungai. Meskipun masih teguh berpegang pada janji itu, mereka cukup pasti sang bedal bukanlah penghuni sungai yang boleh diberikan kepercayaan sebagai teman.


Comments

Popular posts from this blog

Berian Sampai Mati | Adat Perkahwinan masyarakat Murut Sabah

Adat yang diamalkan oleh sesuatu kaum mempunyai kepentingan yang tersendiri samada adat tersebut bertindak sebagai hukuman atau sebagai alat sosialisasi dalam masyarakat. Tidak dinafikan bahawa setiap adat yang diamalkan mempunyai kepentingan bagi sesebuah kaum mengekalkan keharmoniannya. Kebiasaannya adat merangkumi dari aspek kelahiran, perkahwinan sehinggalah adat kematian dan pengurusannya dan adat-adat ini sebenarnya terdapat di dalam semua masyarakat di seluruh dunia. Adat resam merupakan adat yang diperturunkan dan menjadi kebiasaan dalam sesebuah masyarakat atau kaum. Seperti pepatah yang mengatakan ‘ selagi adat di kandung tanah, selagi itulah adat dijunjung’ atau ‘biar mati anak jangan mati adat’. Kaum yang paling kuat berpegang dengan adat ialah kaum Murut dan mereka merupakan kaum ketiga terbesar di negeri Sabah. Adat-adat yang mereka amalkan diwarisi oleh nenek moyang mereka sejak dahulu kala lagi dan adat-dat telah menjadi ikutan generasi hari ini, walaupun tidak semua

Top Malaysian News RSS Feeds for Mobile App Workshop

Top Malaysian News RSS Feeds 1. Malaysiakini RSS Feed Malaysiakini RSS Feed - malaysiakini.com/en/columns.rss Site - malaysiakini.com About Site - Malaysiakini is an award-winning independent news provider. The editorial is built on fast, accurate and independent news, well-informed and diverse views. Frequency - about 17 posts per week 2. Utama RSS Feed Utama RSS Feed - hmetro.com.my/utama.xml/feed   + Follow RSS Site - hmetro.com.my Malaysia About Site - Find latest malaysian news in the local language malay. Frequency - about 84 posts per week 3. Utusan Online RSS Feed Utusan Online RSS Feed - utusan.com.my/cmlink/utusan-online-1.404999   + Follow RSS Site - utusan.com.my Malaysia About Site - Find latest business, sports,entertainment and national news related to malaysia on this site. Frequency - about 168 posts per week 4. Free Malaysia Today RSS Feed Free Malaysia Today RSS Feed - freemalaysiatoday.com/feed   + Follow RSS Site - freemalay