Mengikut cerita yang disampaikan dari penduduk Sungai Kinabatangan, di sungai Kinabatangan tersimpan satu lagenda yang cukup hebat yang menjadi kebanggaan penduduk setempat yang tinggal di kawasan tersebut. Sebuah perjanjian telah termetarai antara seekor buaya dengan penduduk sekitar yang dipercayai berketurunan Orang Sungai. Perjanjian lama ini dikenali sebagai ‘Gegajanji Gunai Boya’ dalam bahasa masyarakat suku kaum Orang Sungai. Isi Perjanjian yang dibuat cukup ringkas iaitu sesiapa sahaja berketurunan Orang Sungai yang tinggal di sepanjang sungai Kinabatangan atau di mana-mana sungai tidak akan dibaham oleh bujang senang dan kehidupan mereka tidak akan diganggu. Kisah ini tidak dapat dibuktikan kebenarannya lagi samada ianya mitos atau benar-benar terjadi. Namun begitu, perjanjian ini sudah tidak diamalkan dan sudah tidak menjadi pegangan penduduk sungai Kinabatangan, hanya sebagian kecil sahaja yang masih mempercayainya. Walaupun begitu, perjanjian ini merupakan satu khaz...
Sabah Media destination featuring comprehensive up-to-date coverage on the latest top stories, sports, business, entertainment, politics, and more.